Khamis, 15 November 2012

Perkembangan Kebolehan Muzikal dari Lahir ke Kanak-kanak




B
ahagian terpenting dalam perkembangan kanak-kanak ialah bahasa. Memandangkan muzik adalah sesuatu yang unik dan juga merupakan bahasa yang universal, adalah tidak mustahil sekiranya kanak-kanak juga mempelajari muzik sebagaimana mereka mempelajari bahasa pertuturan. Justeru, sekiranya kanak-kanak mampu mempelajarai muzik sepertimana bahasa pertuturan, adalah penting mereka diajar muzik secara berterusan dari hari mereka dilahirkan. Implikasi dari sistem pendidikan muzik ini akan memperlihatkan kanak-kanak bakal menerima lebih pengajaran muzik di sekolah berbanding bahasa pertuturan. Kebanyakan kanak-kanak bergerak dari pelajaran pertuturan yang tidak formal ( keluarga atau penjaga ) kepada formal ( guru sekolah ). Sekiranya muzik dipelajari dengan kaedah yang sama dengan bahasa pertuturan, adalah wajar pengajaran muzik diberi tempat dan galakan di sekolah-sekolah.

Dalam beberapa siri penyelidikan yang dibuat ke atas perkembangan muzikal terhadap kanak-kanak bermula dari sebelum lahir sehingga alam kanak-kanak, menunjukkan mereka boleh memiliki lebih kemahiran muzikal berlainan dari kepercayaan umum sebelum ini. Kajian juga dijalankan ke atas aspek muzikal terhadap kecerdasan dan perkembangan motor kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan boleh menemui kesan positif terhadap aspek-aspek yang dinyatakan.

Janin manusia turut menerima muzik meskipun jalinannya agak `distorted’. Misalnya, notasi-notasi yang tinggi dan mempunyai frekuensi tinggi akan lebih terserap; yang hampir tidak terdengar  oleh janin, lalu akan mengubah timbre muzik ( Abrahams, Griffiths & Huang, et.al 1998 ). Oleh kerana muzik boleh diterima sewaktu di dalam rahim lagi, janin juga pasti akan bertindak balas terhadap muzik. Tindakbalas ini lazimnya melibatkan pergerakan badan yang mengalami reduksi degupan jantung yang memberi tindak balas terhadap kebanyakan muzik. Bunyi yang kuat atau mengejut akan menghasilkan tindakbalas yang berbeza reaksinya; kadar nadi akan meningkat sepertimna dalam keadaan terkejut. ( Lecanut, Granier-Deferre & Busnel, 1998 ). Ada bukti yang mengatakan pembelajaran dalam bentuk habituasi terhadap muzik atau bunyi berlaku di dalam rahim lagi. Sekiranya bunyi yang sama berulang-ulang dimainkan, janin akan berhenti `belajar’ dari memberi perhatian terhadap bunyi tersebut sehingga bunyi berkenaan berubah ( Leader, Baillie & Martin, et.al.,1982 ). Suatu tindakbalas kompleks yang meningkat boleh diperlihatkan dengan memberikan usapan atau getaran yang lembut pada abdomen supaya tidak memaksa berlakunya tindakbalas, diikuti dengan bunyi yang kuat untuk membuktikan tindakbalas. Subjek berkenaan bertindakbalas terhadap usapan yang lembut dengan kehadiran bunyi yang kuat selepas beberapa pasangan oleh kedua-dua stimulsi ( Spelt, 1948 )

Kajian turut telah dilakukan terhadap kesan muzik yang dimainkan sebelum kelahiran bayi. Dua aspek yang diketahui mendatangkan kesan ialah kadar perkembangan tingkahlaku dan ingatan. Suatu kajian oleh Blum ( 1998 ) telah menggunakan pelbagai jenis muzik sebelum kelahiran. Tiada kumpulan kawalan, namun perlakuan terhadap bunyi-bunyian semua menunjukkan berlakunya perkembangan berbanding populasi umum. Dalam kajian yang lain, menggunakan kumpulan kawalan bagi mengkaji hal yang sama, ibu-ibu memainkan muzik-muzik `elementary’ bermula minggu ke 28 hingga ke 30 kehamilan. Kaset-kaset ini dimainkan secara berperingkat setiap minggu dari tiga not asas dalam kod major hinggalah ke kod-kod yang lebih kompleks. Sewaktu bayi, kumpulan kawalan muzik menunjukkan kekerapan perkembangan di dalam hal-hal seperti `babbling’, `visual tracking’, koordinasi mata dan tangan, menggunakan mulut untuk merasai objek-objek, imitasi mimik muka, koodinasi motor dan kemampuan untuk memegang botol ( LaFuente, Grifol & Segara, et.al.,1997 ). Hasil kajian ini tanpa disedari bersifat bias kerana ibu-ibu kepada bayi mereka menghakiminya sendiri dan bukanya oleh penyelidik yang sebenar. Kajian ketiga topic telah berfokus kepada tindakbalas terhadap himpunan lagu-lagu tema televisyen yang ditontoni oleh ibubapa sebelum dan sesudah kelahiran bayi masing-masing. Dalam kajian ini, Hepper ( 1991 ) menunjukkan perbandingan dengan kumpulan kawalan, kumpulan bayi yang `bermuzik’ telah memperlihatkan penurunan kadar nadi yang jelas signifikannya terhadap tindakbalas kepada lagu-lagu berkenaan sebelum kelahiran.

Bayi yang seawal lima bulan mempunyai kemampuan untuk mengecam pic-pic yang `adjacent’ ( Oslo, 1984 ). Sehingga mencapai umur lapan bulan, mereka mampu untuk mengecam dan mengingati kontur melodi. Ini menujukkan bahawa bayi-bayi boleh menggunakan strategi untuk mendengar sepertimana yang didengari oleh orang dewasa dengan hubungan pic secara global berbanding dengan notasi-notasi tertentu ( Trehub, Bull & Thorpe, 1984 ). Bayi-bayi boleh bertindakbalas terhadap perubahan melodi dengan berpaling ke arah alat permainan yang beranimasi pada umur lapan hingga sembilan bulan ( Balaban, Anderson & Wisniewski, 1998 ). Bayi-bayi juga boleh mengikuti segmen-segmen muzik sama seperti orang-orang dewasa ( Thorpe & Trehub, 1989, “Duration illusion…”). Orang dewasa tidak bertindakbalas terhadap perubahan dalam tempo sesuatu melody. Begitu juga dengan bayi tetapi bertindakbalas dengan muzik latarbelakang yang berubah yang umumnya orang dewasa juga sedemikian. Hal ini juga dipersetujui oleh kajian dari MuSICA Research Notes, Spring pada tahun 1994.

Sememangnya ada persamaan antara pertuturan dengan muzik yang dihalakan terhadap bayi-bayi. Pertuturan langsung bayi adalah lebih mudah dari pertuturan biasa yang terdiri dari kontur pic berulang yang mudah, tempo perlahan dan renj-renj yang rendah atau tinggi ( Fernald & Simon, 1984 ). Contoh-contoh lagu yang mempunyai kriteria berkenaan ialah yang berentak Lullabies. Ini menegaskan bahawa teori yang mengatakan bayi memberikan aksi terhadap muzik dan pertuturan dalam kaedah yang sama dan boleh mempelajari muzik dengan pertuturan dan bahasa.9 MuSICA Research Notes, Spring 1995 ).

Bayi-bayi mula menyanyi pada awal kehidupan, seawal mereka belajar untuk bercakap. Bunyi-bunyian lagu yang tidak menentu kedengaran apabila mereka mencapai umur enam bulan ( Shuter-Dyson & Gabriel, 1981; 1976 ). Menyanyi seawal ini sebenarnya tepat dari segi kontur melodi ( notasi yang tinggi atau rendah ) tetapi bukan pic. Ketepatan pic mula terbentuk pada umur tiga tahun, tetapi kanak-kanak tersebut hanya boleh mengenali dan mengecam pic yng betul dan tidak boleh menyanyi dalam pic yang tepat untuk beberapa tahun selepasnya ( Dowling, 1988 ). Susunan menurut hieraki asa pembelajaran kbayi ialah bermula dengan `perkataan à ritma à pic’, yang akan berkembang kepada `kontur pic à ketetapan frasa individu à ketetapan nada secara keseluruhan’. Kanak-kanak telah berkembang dari aspek nyanyian dari masa ke semasa menjejaki penyanyi dewasa yang signifikan. ( Welch, 1994 ).

Dalam kajian terawal mengenai perhubungan antara muzik dengan membaca, menunjukkan kumpulan pelajar yang menerima pengajaran muzik yang signifikan ketinggian skornya berbanding kumpulan yang membaca ( Hurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas, 1975 ). Kajian ini pada dasarnya memerlukan kajian lebih terperinci memandangkan kemampuan membaca adalah masih samar-samar yang dijana oleh muzik atau, melalui program sekolah yang pelbagai variasi. Persoalan timbul samada adakah kanak-kanak akan bertambah baik pembacaan mereka setelah diberi pengajaran yang khusus atau kaedah yang berlaianan dari biasa. Teori yang mengatakan bahawa muzik boleh menjana kemahiran membaca kanak-kanak juga sebenarnya tidak berapa jelas, disebabkan kumpulan muzik tadi tidak belajar membaca muzik. Peringkat ini melibatkan bagaimana belajar hubungan diantara bahasa bunyi dan representasi visual sebagai sebahagian dari perkataan. Sebuah lagi kajian terbaru oleh Lamb dan Gregory ( 1993 ) mendapati kanak-kanak yang boleh mengenalpasti pic dengan baik mempunyai korelasi yang tinggi terhadap kemampuan mereka dalam membaca  bahan dan `phonic’ yang standard. Lieberman, Cooper dan Shankweiler ( 1967 ) dalam teorinya beranggapan faktor penting dalam menguasai maklumat perkataan ialah perubahan pic dalam komponen kata lisan perkataan. Jika ini benar, bermakna tanggapan terhadap kemampuan dalam mengenalpasti pic amat berfaedah dalam membantu kemampuan membaca.

Tidak dinafikan faedahnya nyanyian untuk kanak-kanak. Kooperasi dan komunikasi merupakan dua aspek sosial dalam perkembangan kanak-kanak yang berumur empat tahun sewaktu menyanyi. ( Veldhuis, 1984 ). Mengikut kajian oleh Hoskins pada tahun 1988 menunjukkan skor dalam ujian ejaan dan bahasa perkembangan melambatkan aktiviti muzik kumpulan berkenaan selama sepuluh minggu, termasuk nyanyian. Kalmer ( 1982 ) pula mendedahkan kemajuan dalam kumpulan kanak-kanak yang normal yang menerima pengajaran nyanyian. Mereka menunjukkan kemajuan yang ketara dalam bidang perkembangan motor terutamanya koordinasi, pemikiran konseptual yang abstrak, mainan berimprovisasi dan kemampuan lisan. Dalam bidang lukisan dan IQ secara keseluruhan, tiada terdapat perbezaan antara kedua-dua kumpulan. Memandangkan bayi-bayi dan kanak-kanak mempunyai kesediaan dalam membiasakan diri dengan suara-suara, adalah disarankan supaya ibubapa dan penjaga masing-masing menggalakkan nyanyian sebagaimana memberi galakan kepada bahasa (Weinberger, MuSICA Research Notes, Fall 1996 ).

Dalam keadaan tertentu, kanak-kanak pada hakikatnya sentiasa mencipta muzik dengan cara yang tidak langsung dan tindakan spontan. Malahan mereka mencipta muzik tanpa sebarang galkan atau latihan muzik tidak formal ( Weinberger, MuSICA Research Notes, 1998 ). Mengikut kajian oleh Doig ( 1941-1942 ), minat yang mendalam terhadap penciptaan diperlihatkan oleh kanak-kanak yang berumur enam hingga enambelas tahun. Kanak-kanak saling menerima pandangan rakan sebaya yang lain dan kebiasaannya akan menyanyikan hasilciptaan mereka sebelum ianya lengkap ( pada pemikiran mereka ). Menurut Kratus ( 1989 ) yang mengkaji proses-proses yang digunakan oleh kanak-kanak sewaktu mencipta muzik, bermula dari umur kanak-kanak tujuh hingga sebelas tahun yang dibuat kajian, didapati kesemuanya mampu menghasilkan ciptaan dan lebih dari itu mereka seronok untuk berbuat demikian. Dengan kata lain, kajian ini amat berguna untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak, dengan mengubahsuai pendekatan agar aktiviti penciptaan releven terhadap kanak-kanak yang lebih muda.

Tidak dinafikan sebelum lahir lagi, bayi telah boleh menerima dan memberi tindakbalas terhadap muzik. Mereka boleh mempelajari untuk bertindakbalas terhadap pelbagai jenis muzik dan berupaya mengingati sebilangan lagu yang telah didengari selepas dilahirkan. Mendengar muzik sebelum kanak-kanak dilahirkan boleh meninggalkan kesan positif terhadap perkembangan mereka. Kajian mengenai hal ini bakal memberikan pulangan yang lumayan serta faedah yang besar dalam dunia muzik dan kanak-kanak. Sebagai contoh, apakah jenis muzik yang terbaik untuk dimainkan? Dalam sebuah kajian, para penyelidik telah menggunakan lagu-lagu dari tema siri-siri television, manakala dalam sebuah kajian lain muzik-muzik tonal dari barat yang telah dipermudahkan telah digunakan. Adakah kita menghendaki kanak-kanak mendengar hasilkerja Mozart atau Beethoven atau muzik yang sezaman, atau jenis muzik seperti tema-tema siri television atau muzik popular? Sesuatu yang praktikal seperti memainkan rakaman lagu-lagu yang telah dipermudahkan yang diasaskan dari muzik-muzik yang sedia ada. Dalam kaedah yang sama kanak-kanak belajar berbahasa dari yang paling mudah sehingga kepada yang lebih kompleks sejajar dengan pertumbuhan mereka. Jadi, aktiviti memperdengarkan muzik kepada bayi-bayi seharusnya diteruskan memandangkan faedah-faedah yang didapati hasil dari bayi-bayi yang mendengar muzik.

Sewaktu pertumbuhan bayi-bayi, mereka memperkembangkan kemahiran muzik sama seperti apa yang dialami oleh orang dewasa. Mereka boleh menerima dan mengecam muzik pic-pic yang hampir satu sama lain berbanding dengan seluruh skel, dan seterusnya mengecam perbezaan kontur serta ritma. Oleh kerana bayi-bayi menerima dan mempelajari muzik dan bahasa melalui kaedah yang serupa, pengajaran muzik sewajarnya diberikan lebih perhatian serta tumpuan terhadap kanak-kanak yang lebih muda. Ibubapa-ibubapa serta penjaga kepada kanak-kanak sewajarnya juga memberikan pengajaran muzik sebaik mungkin dan ianya merupakan sebahagian dari dunia pendidikan anak-anak mereka dari saat kanak-kanak tersebut dihantar ke sekolah. Kemajuan yang begitu ketari akan dilihat dalam kemampuan kanak-kanak dalam muzik dan tidak terkecuali kualitinya dalam skop budaya kita.

Bayi dan kanak-kanak menyanyi secara spontan dan mampu memperkembangkan kebolehan menyanyi sehingga ke tahap yang tinggi yang tidak kita sedari. Nyanyian amat berfaedah terhadap kanak-kanak dalam aspek sosial, fizikal dan kognitif. Ini juga merupakan alasa mengapa pengajaran muzik harus dijadikan salah satu isikandungan pengajaran dalam pendidikan kanak-kanak. Secara umumnya juga, pengajaran muzik amat berguna kepada bayi-bayi dan kanak-kanak. Ia dapat membantu untuk memperbaiki kemahiran-kemahiran seperti bahasa; memandangkan mereka mampu untuk mengecam pic, kanak-kanak berkenaan secara tidak langsung dapat memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam pertuturan dan pembacaan. Beberapa kajian lagi seharusnya diberi keutamaan terutama untuk membuat perbandingan antara kanak-kanak yang menerima pengajaran dalam nyanyian dan pengajaran dalam keyboard atau piano atau alatan perkusi. Unsur kreativiti unik kanak-kanak turut akan diterokai melalui komposisi ( penciptaan ) dan improvisasi ( penciptaan spontan ). Kajian lanjut pula wajar dilakukan ke atas kemahiran-kemahiran penciptaan kanak-kanak, khasnya kanak-kanak yang lebih muda, untuk ditentukan faedah dan umur sesuatu aktiviti khusus seperti komposisi tadi adalah bersesuaian.

Bagi tujuan faedah dan peningkatan pengajaran muzik terhadap kanak-kanak, satu kajian jangka panjang wajar dari aspek konseptual merupakan kaedah terbaik. Kumpulan kawalan akan menerima pengajaran muzik yang biasa dan kumpulan yang lain ( rawatan ) akan menerima pengajaran muzik yang lebih terancang dan teratur dari ibubapa masing-masing dan seterusnya menerima pengajaran muzik apabila mereka memasuki alam persekolahan. Kumpulan rawatan yang kedua pula ditetapkan dengan tiada pengajaran muzik khusus sebelum memasuki sekolah dan menerima pengajaran muzik khusus sebaik sahaja memasuki alam persekolahan. Kajian ini juga boleh dibuat secara berasingan, iaitu satu dengan melihat kesan pengajaran muzik ke atas kanak-kanak yang belum bersekolah dan kepada mereka yang sebaik saja mula bersekolah. Pengajaran muzik ini seharusnya berjalan dengan sekerap mungkin, sepertimana terhadap pengajaran dalam aspek bahasa juga. Ini akan menunjukkan bahawa muzik adalah merupakan bahasanya yang tersendiri dan kanak-kanak boleh mempelajarinya seperti mereka belajar bahasa.

Disamping faedah-faedah terhadap muzik sendiri, kanak-kanak turut menambah kemajuan dalam pelbagai bidang lain melalui muzik. Muzik yang dimainkan sebelum lahir akan meninggalkan kesan positif terhadap kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kemampuan untuk mencipta muzik dalam bentuk permainan alat muzik, nyanyian dan penciptaan. Kanak-kanak wajar dibenarkan untuk membina kemampuan semulajadi mereka dalam muzik sehingga ke tahap sama seperti kemampuan dalam pembinaan dalam bidang lain seperti seni, bahasa dan subjek yang lain.



RUJUKAN



 Abrams, R.M., Griffiths, K., & Huang, X. et al. ( 1998 ), Fetal music perception: The role of sound transmission. Music Perception. 15, 307-317.
Blum, T. ( 1998 ). Human proto-development: Very early auditory stimulation. International Journal Prenatal and Perinatal Psycology and Medicine, 10, 447-466.
Doig, D. ( 1941 ). Creative music I : Music composed for a given text. Journal of Educational Research, 33, 263-275
Doig, D. ( 1942 ). Creative music II : Music composed for a given text. Journal of Educational Research, 35, 345-355.
Doig, D. ( 1942 ). Creative music III : Music composed for a given text. Journal of Educational Research, 36, 241-253.
Dowling, W.J. ( 1988 ). Tonal structure and children’s early learning of music, In ; Sloboda, J.A. ( ed. ), Generative Progress in Music. Oxford : Clarendon Press, pgs. 113-128.
Fernal, A., & Simon, T. ( 1984 ). Expanded intonation contours in mothers’ speech to newborns. Developmental Psychology, 20, 104-113.
Frith, U. ( 1985 ). Beneath the surface of developmental dyslexia, In ; K.E. Patterson, JC Marshall & M. Coltheart ( Eds ) Surface Dyslexia Hove, Lawrence Erlbaum Associate Ltd, pp. 301-330.
Hepper, P.G. ( 1991 ). An examination of fetal learning before and after birth, The Irish Journal of Psychology, 12, 95-107.
Hurwitz, I., Wolff, P.H., Bortnick, B.D. & Kokas, K.(1975). Nonmusical effects of the Kodaly music curriculum in primary grade children. Journal of Learning Disabilities, 8, 45-51.
Kratus, J. ( 1989 ). A time analysis of the compositional processes used by children ages 7 to 11. Journal of Research in Music Education, 37, 5-20.
LaFuente, M.J., Grifol, R., & Segarra, J. et al. ( 1997 ). Effects of the Firstart method of prenatal stimulation on psychomotor development : The first six months. Pre and Perinatal Psychology Journal, 11, 151-162.
Lamb, S.J., Gregory, A.H. ( 1993 ). The relationaship between music and reading beginning readers. Educational Psychology, 13, 19-26.
Olsho, L.W. ( 1984 ) Infant frequency discrimination. Infant Behaviour & Development, 7, 27-35.
Trhub, S.E., Bull, D. & Thorpe, LA. ( 1984 ). Infants’ perception of melodies : The role of melodic countour. Child Development, 55, 821-830.
Veldhuis, H.A. ( 1984 ). Spontaneous songs of preschool children. Arts in Psychotheraphy, 11 pgs. 15-24.
Weinberger, N.M. ( Spring 1994 ). The Musical Infant : Studies Show Infants Are “Musical”. MuSICA Research Notes : VI, I1, Retrieved February 1999 from the internet;
Weinberger, N. M. (Spring 1995). The Earliest Music Lessons. MuSICA Research Notes: V II, I 1, Retrieved February 1999 from the World Wide Web: http://www.musica.uci.edu/mrn/V2I1S95.html
Weinberger, N. M. (Fall 1998). Musical Compositions by Schoolchildren. MuSICA Research Notes: V V, I 3, Retrieved February 1999 from the World Wide Web: http://www.musica.uci.edu/mrn/V5I3F98.html
Weinberger, N. M. (Fall 1996). Sing, Sing, Sing! MuSICA Research Notes: V III, I 2, Retrieved February 1999 from the World Wide Web:                              http://www.musica.uci.edu/mrn/V3I2F96.html
Welch, G. F. (1994). The assessment of singing., Psychology of Music, 22, pgs. 3-19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan