Tarikh
|
Topik
|
Catatan
|
1. Pengenalan Pendidikan Muzik | ||
2. Cabang-cabang Seni Halus
| ||
3. Perkembangan Media Seni Muzik
| ||
4. Cara Manusia Mendengar Muzik
| ||
5. Elemen Asas Muzik – Irama
| ||
6. Elemen Asas Muzik – Pic
| ||
7. Fungsi Muzik Dalam Masyarakat
| ||
8. Kerjaya Di Bidang Muzik
| ||
9. Elemen Asas Muzik – Melodi
| ||
10. Elemen Asas Muzik – Warna Ton / Vokal
| ||
11. Elemen Asas Muzik – Nada Major
| ||
12. P.Ramlee
| ||
13. Tokoh Muzik - Elvis Presley
| ||
14. Keluarga Alat Muzik Barat
| ||
15. Muzik RTM
| ||
16. Muzik Patriotik
| ||
17. The Beatles
| ||
18. Muzik Tahun 60an dan 70an
| ||
19. Muzik Tahun 80an dan 90an
| ||
Unit 1 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Pendidikan Muzik diperkenalkan oleh penjajah Inggeris semasa memerintah Tanah Melayu pada tahun 50an.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengkaji dasar pelajaran tujuan untuk membetulkan kepincangan yang terdapat dalam sistem pendidikan pada masa itu.
Antara kepincangan sistem pendidikan pada masa itu ialah pelajar tidak tahu seni budaya kebangsaan.
Tahun 1980 Pendidikan Muzik diperkenalkan sebagai mata pelajaran percubaan di beberapa buah sekolah.
Tahun 1982 Pendidikan Muzik diwajibkan di semua sekolah kebangsaan.
Kesenian Mengikut Negeri Di Malaysia
Negeri
|
Kesenian
|
Perlis
|
Canggung
|
Kedah
|
Wayang Kulit
|
Pulau Pinang
|
Boria
|
Perak
|
Dabus
|
Selangor
|
Rodat
|
Negeri Sembilan
|
Caklempong
|
Melaka
|
Dondang Sayang
|
Johor
|
Kuda Kepang, Wayang Kulit
|
Pahang
|
Gamelan, Wayang Kulit
|
Terengganu
|
Menora
|
Kelantan
|
Dikir Barat
|
Sabah
|
Tarian Ngajat
|
Sarawak
|
Sape
|
2.1 Secara semulajadi (anugerah Tuhan), manusia sukakan keindahan.
2.2 Defini seni adalah “...suatu yang mempunyai nilai-nilai keindahan...”
2.3 Perkataan yang menggambarkan keindahan termasuklah – cantik, molek, merdu, sedap dan sebagainya.
2.4 Seni boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk iaitu antaranya
2.5 Sastera – iaitu seni yang berkaitan dengan bahasa (perkataan dan ayat-ayat). Contoh : Pantun, sajak, syair, gurindam dan sebagainya.
2.6 Seni Tampak / Visual – seni yang terhasil dari bentuk, garisan, warna yang indah. Contoh : Catan, lukisan, lakaran, batik, songket, sulaman, arca, manik dsb.
2.7 Seni Pergerakan – pergerakan indah tubuh badan manusia (tarian). Pergerakan indah dalam barisan (seni berkawat). Pergerakan seni mempertahankan diri (silat, taekwando dsb.)
2.8 Seni Bina – kenderaan (kereta, bot, kapal, kapalterbang). Bangunan ( bangunan, rumah, istana, jambatan dsb).
2.9 Fesyen – seni dalam pakaian.
2.10 Seni Taman – Lanskap, taman dsb.
2.11 Seni Tulisan – Khat (Arab) Kaligrafi (China Korea dan Jepun).
2.12 Seni Muzik – “... gabungan bunyi-bunyi yang disusun dengan indah ...”
Unit 3 PERKEMBANGAN MEDIA MUZIK
3.1 Muzik berasal daripada perkataan Music (English). Muses dan Apollo ialah dewa seni orang Greek.
3.2 Muzik pada masa dahulu hanya boleh dinikmati melalui persembahan live.
3.3 Di Eropah pada zaman dahulu muzik dinikmati oleh golongan kaya / bangsawan. Mereka menggaji pemuzik dan penyanyi.
3.4 Ada juga pemuzik / penyanyi dan yang berkhidmat untuk gereja.
3.5 Di istana Melayu, terdapat kumpulan muzik contohnya Gamelan, Caklempong , wayang kulit, menora dll.
3.6 Tahun 1940-60an, terdapat banyak kumpulan bangsawan. Bangsawan menggabungkan persembahan lakonan, lawak jenaka, tarian, nyanyian dan persembahan muzik. Semua persembahan secara live.
3.7 Tahun 1940 – 1960 muzik dirakam ke piring hitam. Ia dimainkan menggunakan mesin Gramafon.
3.8 Tahun 1960an piring hitam dimainkan menggunakan phonogram. Ia menggunakan tenaga elektrik.
3.9 Tahun 1970an muzik didapati dalam bentuk pita keset.
3.10 Tahun 1980an katrij dicipta. Ia merupakan pita keset yang bersaiz lebih besar. Namun ia kurang popular kerana kosnya mahal.
3.11 Tahun 1990an teknologi digital dicipta. Muzik disimpan dalam bentuk cakera laser. Kos mahal menyebabkan penciptaan Compact Disk (CD) iaitu cakera laser bersaiz lebih kecil.
3.12 Hari ini keset dan CD sangat popular kerana ia murah, mudah dan cepat.
3.13 Format terkini CD adalah dalam bentuk DVD.
Unit 4 CARA MANUSIA MENDENGAR MUZIK
4.1 Dua cara manusia mendengar muzik ialah
i) secara aktif
ii) secara pasif
4.2 Mendengar secara aktif ialah apabila seseorang itu mendengar dengan teliti elemen-elemen muzik yang didengarinya.
Contoh
i) Mendengar lagu untuk mendapatkan lirik lagu.
ii) Hakim pertandingan koir mendengar untuk memberi markah persembahan kumpulan itu.
iii) Calon peperiksaan mendengar petikan lagu untuk menjawab soalan dalam kertas peperiksaannya.
4.3 Mendengar secara pasif ialah mendengar muzik tanpa memberi tumpuan sepenuhnya kepada lagu.
Contoh
i) Mendengar lagu semasa dalam bas.
ii) Mendengar lagu semasa mengulangkaji pelajaran.
iii) Mendengar lagu dalam pasaraya.
Unit 5 ELEMEN ASAS IRAMA MUZIK
5.1 Muzik melibatkan ruang masa dan bunyi.
5.2 Satu unit jangka masa dalam muzik dipanggil detik. Selang antara satu detik dengan satu detik biasanya sama.
5.3 Kelajuan detik ini dipanggil tempo.
Tempo
|
Gambaran
|
Cepat
|
O o o o O o o o O o o o O
|
Sederhana
|
O o o o O o o o O o o o O
|
Lambat
|
O o o o O o o o O o o o O
|
5.4 Lambang-lambang bunyi muzik dinamakan not. Lambang senyap pula dinamakan tanda rehat.
Nama
|
Not
|
Rehat
|
Nilai
|
Kuaver
|
½ detik
| ||
Krocet
|
1 detik
| ||
Krocet Bertitik
|
1 ½ detik
| ||
Minim
|
2 detik
| ||
Minim Bertitik
|
3 detik
| ||
Semibrif
|
4 detik
|
5.5 Not / tanda rehat mempunyai nilai panjang berdasarkan detik
.
5.6 Tempo akan memberi kesan kepada bunyi irama yang dihasilkan. Bunyi minim akan seolah-olah menjadi krocet pada jika menggunakan tempo cepat. Dalam tempo lambat pula, bunyi krocet seolah-olah menjadi bunyi minim.
Latihan-latihan irama
Unit 6 ELEMEN ASAS MUZIK - PIC
6.1 Pic ialah tinggi atau rendahnya sesuatu bunyi muzik.
6.2 Pic rendah – bunyi besar. Contoh : bunyi harimau, bunyi serombong kapal, bunyi guruh.
6.3 Pic tinggi – bunyi kecil. Contoh : bunyi burung, bunyi anak kucing.
6.4 Pic muzik dinamakan mengikut abjad A B C D E F dan G.
6.5 Baluk mempunyai 5 garisan selari digunakan untuk menunjukkan nama pic sesuatu not.
Setiap garisan atau ruang mempunyai namapicnya sendiri.
6.6 Pic muzik dapat dikenali dengan melihat kedudukan kepala not pada baluk.
Contoh analisis not.
Unit 7 FUNGSI MUZIK DALAM MASYARAKAT
Unit 8 KERJAYA DALAM BIDANG MUZIK
Unit 9 ELEMEN ASAS MUZIK - MELODI
Unit 10 ElLEMEN ASAS MUZIK – WARNA TON
Unit 11 Elemen Asas Muzik – Nada Major
Unit 12 P.Ramlee
Unit 13 Elvis Presley
Unit 14 Keluarga Alat Muzik Orkestra
Unit 15 Muzik RTM
Unit 16 Muzik Patriotik
Unit 17 The Beatles
Unit 18 Muzik Tahun 60an dan 70an
Unit 19 Muzik Tahun 80an dan 90an
Tiada ulasan:
Catat Ulasan